Sekitar tahun 2009 ni, banyak kejayaan yang telah dicapai oleh FIMS. Walaupun tidak seberapa hebat dan tidak semegah pencapaian menduduki 5 terhebat SBP ataupun nombor 1 dalam Pahang tetapi kita masih boleh berbangge dengan pencapaian Blog FIMS ini yang menduduki tangga teratas dalam carta '500 terhebat blog-blog terbaik 2009 peringkat daerah Raub' meskipun calonnya tidak mencecah angka 10 pon. Walau ape pun, "hidup ini umpama roda, kita tidak selalunya berada di atas dan kadang kala berada di bawah juga mampu menjadikan kita lebih baik jika kita dapat mengeksploitasikan 'kebawahan' kita dan menjadikan 'kebawahan' itu sebagai satu daya tujahan dalam menggapai Wawasan 2020 yang bakal kita hadapi satu dekad lagi." kata mutiara naga dari Brader Presiden FIMS, Kairul Nyet.
Antara kejayaan yang betul-betul berjaya,(ini tak tipu) adalah majlis pelancaran Blog rasmi FIMS yang bertempat di Hotel Concorde dan dihadiri seramai 10,00 orang undangan. Majlis ini juga dirasmikan oleh Menteri Kewangan II yang mana ketika beliau berucap, beliau telah menyeru warga FIMS untuk menabung RM1 sehari untuk menampung perbelanjaan percutian 5 hari 4 malam di Sabah kerana Bajet Malaysia 2010 telah disonglap oleh Bendahari KUM iaitu saudara Saipudin.
Kejayaan Majlis Pelancaran Laman Web Rasmi FIMS juga tiada tolok bandingnya juga(ni serius punye). Laman Web serba canggih ini diilham kan oleh saudari Iqtiyani dan dicetuskan oleh saudara Sapik. Majlis pelancaran ini juga telah dimeriahkan dengan persembahan kugiran yang tidak asing lagi bagi warga FIMS iaitu Sweet17 yang mana juga telah membuka booth menjual baju ala - ala pasar malam oleh saudara Cheeput yang mempunyai pegangan saham terbesar dalam syarikat percetakan dan penenunan baju berpusat di Central Market.
Selain dari bidang teknologi maklumat, program kerohanian dan santapan minda juga telah diadakan sepanjang tahun 2009. Aktiviti - aktiviti seperti Reunion dan Reunion lagi(yang ni betul2 terjadi) telah di adakan 2 kali dalam tempoh masa 5 bulan yang mana telah memecahkan rekod bagi jangka masa terpendek bagi 2 reunion. Reunion pertama telah diadakan di Times MAJID Square dan dihadiri seramai 200 orang warga FIMS. Untuk keterangan lanjut, sila klik ini.
Reunion II telah diadakan di Kuantan. Walaupun sambutannya tidaklah sehebat sambutan JOM HEBOH dan opening day New moon tapi ia tetap berjaya menarik 100 orang pelajar lelaki FIMS dan 200 orang pelajar wanita FIMS (yang ni memang sembang). Yang lebih membanggakan, 15 bukan warga FIms juga turut menyertai aktiviti ini. Aktiviti ini juga mempunyai slot santapan minda yang mana berjaya memeras otak para peserta program dan kebanyakkan warga FIMS yang bijak berjaya menyelesaikan segala kuiz dan soalan dan diutarakan kecuali seekor hidupan laut peliharaan AROL. Antara petikan ayat yang diucapkan beliau dengan yakin dan kompem betul (nada saudara Chon),"Aku stat dulu eh, MAKKAH". Lantas bersepai la bilik paling kecik dalam rumah sewa yang sejuk itu dengan hilai tawa haiwan-haiwan dan makluk-makluk mistik FIMS. Sambutan yang amat menggalakkan ini sudah tentulah dibantu oleh unit promosi dan pengiklanan yang di ketuai oleh saudara Faiz Hafiz. Tahniah kepada Faiz Hafiz kerana berjaya memastikan kelancaran majlis walaupun begitu banyak onak dan duri sepanjang pengendalian beliau. Usaha dan titih keringat beliau amatlah dihargai. Muahs.
Saya ingin menyusun 5 jari dan memohon maaf kepada semua warga FIMS . Kalau ada yang terkasar bahasa, yang mengguris perasaan dan menyinggung hati yang memang selalu disengajakan, harap dimaafkan. Akhir kata, "MOH SIMPAN RM1 SEHARI"
Antara wajah girang warga underage FIMS selepas berjaya menghabiskan 2 kotak rokok kepunyaan saudara Fakrurrugbyke

macam pantat post ni..ak gelak sorang2 doh...nangis2..sumpah lawak...babi tul sape yg postni..ak jumpe ak sundal die...adui..lawok2
ReplyDeletesundal la...aku da de RM 19.33 da ni...nk bwa bape g reunion nnt
ReplyDeletetapi kenapa aku?
ReplyDeletehaha
clake3...
ReplyDeletemne ak reti men around the world..
hahahhaha
ReplyDeleteklako xigt glak smpi nanges aku
gmpangb tol turat
hahahaha