Monday, December 14, 2009

majid

seperti biasa, sambutan dan sokongan yang diberi kepada blog ini tidak begitu menggalakkan terutamanya dari saudara mohd radzieq rosar pudar. hal ini memang di dalam jangkaan aku sebab saudari radzieq aka petak aka blank aka sadam ini sememangnya seorang yang pening kepalanya dan cetek dari segi pemikirannya.

majid adalah seorang bekas pelajar semesta dan ahli fims yang memang terkenal sejak azali lagi. gosip2 liar dan kata2 fitnah yang dilontarkan kepada beliau sudah acapkali kedengaran dari telinga ke telinga. tambahan pula dengan kehadiran ahli keluarga beliau ke SEMESTA ibarat candawan tumbuh selepas hujan. gejala kemasukan keluarga rosafri ini mula dicetuskan oleh saudari radzieq kemudian disusuli pula oleh kehadiran anak gadis berkulit hitam manis mencetus fenomena baru bagi FIMS. sasaran aktiviti kutuk mengutuk dan ejek mengejek yang selama ini tertumpu kepada en sufi yang dimonopoli dan diterajui oleh barisan AJK tertinggi Persatuan Kaki Bahan Blok C&D yang mana di ketuai oleh saudara saifudin sudah beralih arah kepada kerabat keluarga rosafri. kehadiran Qaleeda telah mewarnai kancah perjuangan ahli persatuan tersebut untuk mencapai objektif mereka iaitu mengutuk dan mencerca mangsa secara keji dan tidak berperikemanusiaan. pantang melihat kelibat majid, ada saja yang tidak kene pada beliau.

gejala mencerca saudara majid telah menular sehingga ke saf2 pendidik SEMESTA. En amir telah merenda-rendahkan martabat majid selaku finisher prolifik fims sewaktu saudara majid menghadiri uji bakat pemilihan wakil sekolah dalam permainan bola sepak tidak lama dlu. ayat jurulatih utama semesta masih terngiang-ngiang di telinga warga fims yang turut mencuba nasib menjadi pengganti baddrol baktiar dan nurhafiz zamani misbah. "radzieq pn ade, tolong la balik". kata2 berupa cercian dan herdik oleh en amir tidak mematahkan semangat majid untuk menjadi seperti idola beliau, khalid jamlus dan terus meningkatkan daya pemusnah beliau di depan gawang pihak lawan denga gerakan-gerakan licik dan penuh tipu-helah. gerakan memukau beliau telah berjaya memecahkan 3 keping tingkap dan sebuah kipas di kamar beliau. memang tidak diragui lagi kebolehan pemusnah beliau yang mana dilabel oleh FIFA Jerangsang sebagai setaraf dengan fernando torres.

gelagat dan tingkah laku majid memang dirindui oleh mereka2 yang menjadikan kutuk-mengutuk sebagai hobi mereka di waktu senggang. kehilangan majid dari semesta amat meninggalkan kesan yang mendalam bagi mereka. patah tumbuh, hilang berganti. demikianlah kata-kata orang tua yang mana ada benarnya di sini. pemergian majid telah diganti dengan kehadiran sepupu beliau yang mana saling tak tumpah tahap kebinggungan dengan majid. kemiripan mereka berdua menimbulkan kesangsian sehinggakan ada antara kami mengesyaki majid dan nadiy azreeq ini adalah adek beradek berlainan bapa. kebenarannya masih tidak di ketahui sehinggga sekarang. hanya majid sahajalah yang mampu menyelesaikan teka-teki ini.


berikut merupakan antara wajah2 saudara majid yang berjaya di rakam penulis. aku denga sekarang dia sudah menjadi pemain ragbi handalan di utara malaysia.

7 comments:

  1. haha cerita yg sgt menarik,..
    berbaur lawak, kesian n macam2 lg,..
    plot yg menarik,..haha

    ReplyDelete
  2. sumpah mcm sundal cte nie...lwak nk mmpos..
    plg xley blah waktu uji bakat...tp turat ko xcte sdikit pon sal anep basri(nujum diraja)

    ReplyDelete
  3. btol doh..majid men rugby..ari tue ciap msj aku lg ajak frenly..terkezutt den..

    ~WitCh~

    ReplyDelete
  4. pergh..majid men ragbi? position pe?..haah,kisah anep ape cer?jd cekgu kn?

    ReplyDelete
  5. aku tataw kenape aku asyik gelok je lau bace sal citer budak semesta ni taw....bencinyewwww

    ReplyDelete