tapi itu bukan tujuan hamba berlipur lara di sini. merujuk kepada perkara diatas, hamba ingin menceritakan pengalaman hamba di daerah mat kilau ini yang kaya dengan haiwan2 fims secara khususnya. hamba mula terjebak dengan gejala melawat jerantut ini sejak hamba kecil lagi kerana mahu pulang beraya di perantauan tetapi gejala hamba semakin menular dan pesat sejak hamba form3. bermula dengan hanya menaiki bas, hamba sanggup menempuh ranjau duri di dalam bas yang mana kusyennya saling x tumpah seperti carpet kriket di sekolah dulu dan dipenuhi oleh warga2 asing yang saling x tumpah baunya seperti bau kari mamak di restoran bahtera. destinasi pertama yang wajar hamba singgah adalah masjid "besar" jerantut yang hamba sangsi kebesarannya. mungkin hanya besar pada nama tetapi tetamunya amat meruntunkan hati hamba.
rumah abdul rahim dijadikan pangkalan oleh hamba bersama rakan2 seperguruan hamba yang setia menemani. rumah beliau menjadi pilihan kerana berdekatan dengan surau supaya senang untuk hamba menunaikan kewajipan selain kepakaran memasak yang dimiliki oleh ibunda beliau yang barangkali mampu mengalahkan lagenda memasak 1malaysia, sef wan. hamba syak,chef wan tu berguru dengan ibunda beliau gamaknya.
tetapi, semenjak hamba memperoleh lesen memandu kapal terbang dan motosikal roda 3, kenderaan awam seperti bas ini dipandang serong oleh hamba walaupun begitu besar pengorbanan objek ini sepanjang hamba membesar menjadi jejaka berguna. jika dulu hanya kawasan sekitar "bandar" (barangkali) jerantut, hamba sudah berani meneroka jauh sehingga ke jengka. sebut saja kawasan mana, sume penah hamba jejaki. jerantut feri?kota gelangi?sungai retang?sungai siam? sume itu suda hamba tinggalkan kesan tapak kaki cuma raja penyu saja meninggalkan "anak"nya dan destinasi wajib hamba bertambah iaitu sungai tekam research and development. kolam renang,gelanggang futsal menjadi tempat untuk hamba dan rakan2 seperguruan hamba melepaskan tekanan. barangkali hafizudin dan keluarganya sudah bosan melihat kami di sana kerana acapkali kami menimbulkan masalah bagi mereka. blackout,keputusan sumber makanan dan bil air yang melambung antara masalh yang di hadapi mereka. mungkin hamba patut menugaskan bendahari semesta, abdul jaabar untuk melangsaikan hutang mereka dengan menggunakan elaun perjalanan yang tidak sempat di claim oleh hamba. hamba rasa, saham hamba di koperasi semesta juga sudah melambung tinggi dan sudah cukup untuk membina satu hotel khas untuk warga fims disana.
hanya satu yang hamba kesalkan sepanjang pengembaraan hamba di sana iaitu ketidak hadiran azim qosim dalam jelajah hamba. barangkali beliau tidak gentar dengan gertakan demerit dari pn latifah yang sememangnya terkenal dengan ketinggian naluri beliau dalam menangkap kaki2 ponteng seperti qosim ini. tp hamba syak beliau sudah menyombong dan meninggi diri dengan hamba tetapi hamba silap. rupenya beliau terikat kontrak dengan bapak beliau untuk menjaga adek-adek beliau di rumah. hanya imej kerdipan beliau bak sazzy mampu mengubat rindu hamba ini.
inilah gambar terakhir azim qosim yang sempat hamba rakamkan. hamba syak beliau sudah layan hardcore skang

trkilan juga..hamba juge rindu same itu saudagar qasim selamat..huhu
ReplyDelete~WitCh~
mcm sundal...klakar sial
ReplyDelete~kordi swagger~
aku rase nak culik die bwk g kuantan..
ReplyDeletebabeng lawak.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteklaka la sial tp ape2 pn name ak dmention lg.. mmg top..
ReplyDeleteibunda ko mmg terbaek...
ReplyDeletenak2 sambal tempoyak..
acap sggup wat kuah kot