Thursday, August 11, 2011

Wayang Tekno [Edisi Diperkemas]

Ah,aok ingat kamus dwibahase Oksferd je ke yang boleh buat edisi edis terkini.Wayang Tekno pon boleh lah buat update pasal kisah kisah dulu.Xperlu lah keh hendak memperkenalkan lagi ape die nye wayang tekno ni.Kalau anda semua pernah bace yang sebelum ni keh tulis memang anda smeua akan paham nye.Satu satu nye tempat yang dikuasai oleh Cina Genting Hapipi Pitri dengan dibantu Saidon Si Anak Kechil selaku pengunjung besik ke wayang tekno ni.Setakat tengok muke cine genting ni keh dah xheran sangat kalau die yang menguasai pasaran saham terbesar dalam wayang tekno ni.Kalau hendak dianalogi kan kawasan wayang tekno ni boleh lah kite umpamakan sebagai Petaling Street dalam Bandaraya Kuala Lumpur yang sememangnye dikuasai oleh orang orang sperti Hapipi.Jadi Xhairan lah juga kalau Hapipi ni dilantik AJK Wayang bagi Rumah Musytari.

Mungkin kehebatan Wayang Tekno ni xdak lah semahsyur kisah Makmal Komputer EPU yang telah berjaya merobek baju sekolah Tokye yang gamoknye terlalu eksaited nok men komputer.Ini lagi satu perangai budok sekoloh sains.kala dapat pergi makmal komputer berlari lari mcm kene sampok dek hantu.tu lah bahane nye kalau masuk bilik komputer berebut rebut.doh rabok baju sekoloh deme.tapi itu kisah Makmal EPU.Wayang Tekno juga ade kisah kisah yang menarik disebalik penglibatan koi selaku pemerhati tetap tingkah laku anak anak FIMS ni.

Selepas aktiviti memecah masuk bilik cyber 3 diketahui orang ramai yang pada ketika itu hangat dengan sebuah cerita yang bertaju "Lolita" kot.Entah koi pon dah xberapa ingat ape tajuk cerita yang best yang sering dipertontonkan oleh kanak kanak FIMS ketika memasuki Bilik Cyber 3 tu.Setelah diketahui umum akan pencerobohan tersebut,kanak kanak FIMS ni yang sentiasa xpernah nak bertaubat sentiasa mencari jalan bagi merelease tension untuk mencari tempat persinggahan seterusnye selepas Bilik Cyber 3.setelah bermusyawaraah sesame ahlinye,Hapipi Pitri yang koi anggap sebagai jelmaan Lim Goh Tong Versi Muslim telah berjaya menemukan Wayang Tekno.Hal ini kita boleh ibaratkan seperti pembukaan kota keriangan Genting Highland.

Pembukaan Wayang Tekno pada sekitar Bulan Januari 2006 pada mula nye mendapat tentangan keras dari golongan Badais yang ketika itu diketuai oleh Achem abg kepada Achemah serta juga mendapat tentangan keras dari chiblis yang mahu menonjolkan karkter beliau dalam episod penentangan penubuhan Wayang Tekno ini seperti yang dilakukan oleh Rosli Dhobi menentang Sir Malcolm Mc Donald Double GCB.Walaupun pelbagai tohmohan dilemparkan daripada Ahli Ahli tertinggi Badais,namun kecekalan Hapipi berjaye juga menubuhkan wayang ini demi kepentingan anak anak FIMS yang menyukai hiburan di hujung minggu.

Kisah penentangan penubuhan wayang tekno ini memang dipandang serius oleh koi yang pada ketika hanya ahli biasa tanpa sebarang jawatan.Namun begitu,penentangan tersebut lama kelamaan menjadi tenang dan reda apabila kelibat beberapa Ahli Badais juga memenuhi ruang ruang yang teradapat dalam wayang Tekno tu.Xperlulah koi menyebut name name nye kerana mengaibkan kecuali satu name ahli "Badais"  sorang ni yankni Luqman Afiq Razali.Korang semua jangan nak buat tertanye tanye lah betul ke Apoi ni budak Badais?itulah korang semua xtahu.Apoi merupakan ahli badais yang kurang ternama kerana sifat sifat die yang merendah diri.Apoi merupakan Badais Luar surau.ye lah,kalau achem badais yang jadi imam kt dalam surau,apoi ni badais yang ditugaskan duduk kt luar surau je sambil bace komik.itu je tugasan apoi.

Lebih kurang same je posisi dengan komik time duduk luar surau


Rasenye cukuplah sekadar ini kisah wayang tekno.nk cerita aktiviti aktiviti nye pon xbaek memandangkan sekarang ni bulan Feveret koi untuk melakukan ibadat sambil memburu Malam lailatul qadar.Selamat Berpuasa Semua.Jemputlah datang Open House koi buat kt dewan Besor UTeM nnt.

2 comments:

  1. bile kau crite pasal baju tok ye yang terkoyak tu aku jadi tergelak gile babi ni...kakakakaka

    ReplyDelete