Sejak dua menjak ni, aku selalu teringat kenangan masa sekolah dulu. nak kate aku nie jiwang dan berjiwa sentimental, memang bukan la. apetah lagi berhati lembut. memang jauh sekali la.
mungkin kerana faktor usia yang makin meningkat tak pun kerna aku ni memang seorang yang penyayang dan punyai sifat kecintaan pada sekolah yang tinggi.
satu malam nie, aku ade online kat satu kopitiam. tempat memang untuk golongan berada-berada. ade style. aku lepak sini dengan harapan ade mak datin yang sanggup jadi sugar mummy aku. ade rezeki lebih, boleh la aku angkat satu toyota harrier. boleh gak aku menganjing kasi parking hary aku kat bawah garaj pengetua kat sekolah nanti. p/s : hary tu name toyota harrier aku. baru nampak cam berjaya sikit. mak cik dema pon terang hati nak amik aku jadi menantu. itu jam, norol heda pon sanggup cerai nak aku jadi laki die.
aku online kat kopitiam tu dengan hati yang tidak tenang dan tidak tenteram. rasa seperti diperhatikan, mungkin sebab kekacakkan aku yang mana pada masa tu aku dah tibai baju smart kawan aku yang baru dibeli dari topman. ataupun mungkin taik idung kering aku melekat kat pipi aku. tapi tak kesah, kalau dah kacak, taik idung basah pon gades gades sanggup berdampingan dengan aku.
Ok karangan kat atas ni aku tulis mase aku sem 2 dulu. Sekarang ni baru nak sambung. Banyak yang sudah berubah semenjak abis sekolah. Ada yang masih hemsem macam dulu. Ada yang rambut lurus dan tidak lagi bergulung macam dulu. Ada yang eksiden kereta langgar golongan emas dan ada juga kereta terundur ke belakang (Ini sumpah lawak bila Jen cerita). Ada yang terlibat dengan scene indie dengan baju "Saya sayang mak saya" dan ada juga terlibat dengan scene braderhud. Macam2 perubahan dan anjakan paradigma yang berlaku dalam tempoh masa 3 tahun ini. Tapi tujuan saya menulis ini bukanlah ingin bercerita tentang lucky laki sebab asyik cerita tentang lucky laki pon xbape nak bes juga. 3, 8 hari lepas ni mesti ada komen2 pedas yang wajib disertakan dengan perkataan GAY kat Fesbuk nanti. 40 kali cakap GAY pun lama2 boleh jadi GAY. Tolonglah jangan rosakkan impian gades2 hot dan seksi kat luar sana kalau lucky laki FIMS jadi GAY.
Itu hari saya ada mengundang dan menjemput beberapa superstar dalam arena blog ini untuk menjadi contributor. Mereka2 ini bukan calang-calang orangnya. Blog-blog mereka kebiasaannya mencapai 300 hit dalam sehari. Bukan calang-calang org juga yang membaca bukan calang-calang blog. Antara pembaca setia blog mereka terdiri dari S.Jibeng yang popular sekitar 80-an sehingga Justin Bibir di tahun 2010 ini. Tujuan saya mengundang mereka ini adalah untuk menceritakan pengalaman dan peristiwa yang mungkin menyentuh perasaan mahupun menyentuh urat kentut untuk kita terharu dan tertawa bersama-sama. Chewah!
Semenjak dari sekolah lagi saya ingin mengetahui kisah Taboo dalam lingkungan Blok E dan Blok F. Asik dengar kisah Taboo Blok C dan D pun bosan juga. Kadang kala ada juga saya imaginasi saya membawa saya ke fantasi liar di Court E dan F. Ada ke penghuni2 ini bermain bola di tengah2 court dengan hanya memakai boxer? Mungkinkah mereka2 ini juga bermain tuju selipar di belakang kolah. Ataupun mereka sekadar bermain buih sabun di tandas2 di hujung aras yang mana kalau saya nampak ada org buat macam itu kat Blok C dan D, saya tidak keberatan mahu menasihati mereka supaya kembali ke jalan yang benar.
Banyak juga persoalan dan kemungkinan liar yang masih belum terjawab dalam kotak pemikiran saya ini. Saya harap mereka2 ini dapat menjawab segala persoalan agar mimpi2 saya tidak lagi bertemakan fantasi liar. Jika anda mahu, saya boleh mereka cerita tentang aktiviti yang mereka2 di Block E dan F lakukan. Saya memang tidak keberatan kerana sedangkan sekarang ini pun saya sudah ada 8 cerita yang sudah siap direka. Antara ada beran dengan tak ada beran je..
P/S : Saya berharap hubungan antara Gades2 hot FIMS dan Laki Lucky FIMS tidak seperti dulu lagi. Ececececce..
mcm gmpang aok ny kn...
ReplyDeletebgos btol
terbek turat.
ReplyDeletekite berentap
ini macam ada nada mencabar jep - iqtt
ReplyDeleteantara ada beran dengan tak ada beran je - TJ
ReplyDeleteape lagi.sahu la cabaran yanee.antara ade bran ngan xde bran?
ReplyDeletesaba saba - iqt
ReplyDeletekah kah kah.penulisan aku skani berbelah bahagi
ReplyDelete